Ahad, 29 September 2013

NOTA PANDANGAN BIPPA (Biro Pemahaman & Pemantapan Agama)


HUDUD – ANTARA NIAT DAN PERLAKSANAAN.

Kemelut perlaksanaan Hukum Hudud kembali mewarnai kancah politik negara. Sebagaimana ungkapan DSAI bahawa UMNO / BN memperalatkan isu Hudud untuk kepentingan politik mereka yang sangat tersepit, lantas menyerang Pakatan Rakyat semata-mata survival politik mereka yang semakin karam kini. Tun Panglima yang telah bongkok dipanggil untuk membantu saf kepimpinan BN yang semakin robek dibolosi oleh ketangkasan pimpinan Pakatan Rakyat. Isu yang hanya diguna untuk menimbulkan perbezaan pandangan antara tokoh utama dalam komponen PR, Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat dan Karpal Singh.



Nota Apresiasi untuk Bapak Mohamad Natsir Pahlawan Nasional Indonesia

NOTA APRESIASI :

BERPOLITIK DI JALUR DAKWAH DAN
BERDAKWAH DI JALUR POLITIK -
MENELADANI BAPAK MOHAMAD NATSIR.


PREMIS AWAL.

Bapak Mohammad Natsir adalah tokoh gerakan Islam, politik dan negarawan ulung di nusantara. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia. Kehebatan beliau sebagai tokoh Islam juga menjadi inspirasi gerakan Islam di Malaysia terutamanya ABIM. Beliau pernah menyarankan ahli ABIM menyertai PAS yang akhirnya membawa fenomena tarbiyyah harakiyyah dalam PAS pada dekad 80-an. Beiau yang pernah menjawat sebagai Perdana Menteri Indonesia (1950 - 1951) juga seorang Ulama dan ahli pemikir Indonesia abad ke 20 yang paling berpengaruh. Dan dipenjara (1961 - 1965) kerana tidak bersetuju dengan polisi Pemerintah.
Kertas ini dinukilkan atas inisiatif untuk menyampaikan pandangan tokoh pendakwah yang telah terjun kemedan politik sehingga menjawat jawatan tertinggi dalam hiraki kepimpinan negara Indonesia. Kertas ini juga mudah-mudahan menjadi satu penulisan yang mengingatkan sesiapa sahaja yang berada dalam posisi sebagaimana Bapak Mohd. Nasir untuk segera mengikuti nasihat dan pandangan yang amat konsisten dalam dakwah dan politik. Nasihat dan pandangan yang boleh diamalkan dalam konteks negara-negara nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia.

  Dimensi pemikiran SIDDIQ: Apresiasi Buat Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummat. 1.0             Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   nama ...