Selasa, 28 Oktober 2014

SAYA DAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

SAAT SAYA MENGENALI ANWAR,
DAN KENAPA DIA PERLU DI SOKONG.


ANWAR DAN ALAM KAMPUS
Anwar bin Ibrahim satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak ramai, kerana nama ini telah mewarnai kancah perjuangan Islam dan politik Malaysia sejak tahun 70an lagi. Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak zaman menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 80an lagi. Semasa di UPM saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI),  yang mana PMI adalah model Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di dalam kampus. Orentasi dakwah dengan uslub usrah, tamrin dan bacaan al-makthurat menjadikan PMI adalah anak ABIM dikebanyakkan kampus universiti. Ini adalah kerana organisasi ABIM tidak dibenarkan wujud di alam kampus.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Apa Dosa Bahasaku

APA DOSA BAHASAKU.

Apa dosa bahasaku,
Diremeh dan diperlekeh,
Menghakis jati diri bangsa
Mengikis budaya
Menghadapi ketidakpercayaan

Apa dosa bahasaku
Dituduh lemah bila bersaing
Bahasa yang miskin,
Tidak mampu membangun bangsa.

Batin bahasaku bersuara
Bahasa adalah jiwa bangsa
Mampu merubah jiwa,
Mampu merubah rohani,
Mampu merubah akal budi.
Jangan engkau derhaka bahasaku.


Hasil nukilan,

Ibnu Qassim,
Pengapit Batu.

4 Julai 2012.

  Dimensi pemikiran SIDDIQ: Apresiasi Buat Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummat. 1.0             Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   nama ...