Ahad, 29 September 2013

Nota Apresiasi untuk Bapak Mohamad Natsir Pahlawan Nasional Indonesia

NOTA APRESIASI :

BERPOLITIK DI JALUR DAKWAH DAN
BERDAKWAH DI JALUR POLITIK -
MENELADANI BAPAK MOHAMAD NATSIR.


PREMIS AWAL.

Bapak Mohammad Natsir adalah tokoh gerakan Islam, politik dan negarawan ulung di nusantara. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia. Kehebatan beliau sebagai tokoh Islam juga menjadi inspirasi gerakan Islam di Malaysia terutamanya ABIM. Beliau pernah menyarankan ahli ABIM menyertai PAS yang akhirnya membawa fenomena tarbiyyah harakiyyah dalam PAS pada dekad 80-an. Beiau yang pernah menjawat sebagai Perdana Menteri Indonesia (1950 - 1951) juga seorang Ulama dan ahli pemikir Indonesia abad ke 20 yang paling berpengaruh. Dan dipenjara (1961 - 1965) kerana tidak bersetuju dengan polisi Pemerintah.
Kertas ini dinukilkan atas inisiatif untuk menyampaikan pandangan tokoh pendakwah yang telah terjun kemedan politik sehingga menjawat jawatan tertinggi dalam hiraki kepimpinan negara Indonesia. Kertas ini juga mudah-mudahan menjadi satu penulisan yang mengingatkan sesiapa sahaja yang berada dalam posisi sebagaimana Bapak Mohd. Nasir untuk segera mengikuti nasihat dan pandangan yang amat konsisten dalam dakwah dan politik. Nasihat dan pandangan yang boleh diamalkan dalam konteks negara-negara nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia.


KATA-KATA HIKMAH PAK NASIR.

“Kita berpolitik di jalur dakwah dan berdakwah di jalur politik."

Membawa maksud bahawa tugas dakwah tidak mengenal kedudukan atau posisi seseorang. Berdakwah dimana sahaja, kerana ini adalah tugas yang telah diperintahkan oleh Allah swt kepada hambaNya. Berpolitik dan berdakwah adalah beriringan, jangan dipisahkan. Menepati syariat dalam berpolitik dan berdakwah adalah suatu tugas yang mulia. Menerapkan unsur hikmah dalam politik dan dakwah amat menguntungkan Islam itu sendiri.

Dua zaman yang dilalui oleh Bapak Mohd. Nasir ketika berada di pentas politik dan pentas dakwah. Membuatkan ia istiqamah membicarakan alam politik dan alam dakwah secara berkaitan dan saling lengkap melengkapi. Namun tugas hakiki sebagai jurubicara ummat tidak pernah diabaikan. Biar bergemerlapan dengan bintang dan kekuasaan. Akhirnya kita semua akan kembali kepada Allah swt membawa amal masing-masing untuk diperhitungkan dihadapanNya.

Bapak Mohd. Nasir mengungkapkan lagi;
”Soalnya bagi seorang muballigh ialah, bahwa satu kali dia melangkah kaki ke dalam gelanggang da’wah, maka semua mata dan telinga di sekitarnya tertuju kepada pribadinya; kepada tingkah laku, kepada sifat dan tabiatnya ringkasnya kepada apa yang disebut ”hidup pribadinya”.

Mengambil nasihat dari tokoh besar ini, para dai’ yang terjun kemedan politik harus meneladani kekuatan mental dan ruhani Pak Nasir. Jangan kealpaan berada dipuncak kuasa melupai medan dakwah yang membesarkan dirinya. Jangan sampai kuasa itu memabukkan dirinya hingga lupa pangkalan dan daratan. Jangan pula asalkan berdakwah terlupa memahami realiti politik zaman dan lingkungan. Jangan para dai’ diperkotak-katikkan oleh golongan politikus kerana kita amat naïf dalam alam mereka.

APRESIASI TOKOH INTELEKTUAL DAN POLITIKUS.

Presiden Wadah, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,

Begitu juga dengan Bapak Mohammad Natsir, mantan Ketua Umum Masyumi adalah tokoh dakwah dan sekaligus tokoh politik. Syarahannya yang dibukukan dalam ’Fiqhud Da’wah’ memang menggambarkan seorang pemimpin da’i – ulama’ intelektual. Dr Siddiq ,menyifatkan Pak Nasir sebagai ’seorang negarawan yang kompeten, berintegriti moral dan pengamal gaya hidup sederhana’. Barangkali bagi seorang da’i, dia cukup dengan ganjaran dari Allah; tidak meminta apa-apa dari manusia – beramal dan bekerja semata-mata kerana Allah. Tidak untuk mendapat sanjungan manusia atau menghindari celaan mereka.
Boleh dikatakan, bahwa semenjak itu, dia sebenarnya, tidak lagi mempunyai hidup pribadi dalam arti yang lazim dipakai untuk orang lain. Semenjak itu dia menjadi ”milik masyarakat”, seorang ”public person” dalam arti yang luas. Banyak idola pada masyarakat. Tapi, sedikit teladan. Mohammad Natsir boleh menjadi teladan di tengah politik caci maki yang sedang semarak saat ini. Natsir memberikan teladan bagaimana politik yang santun,"

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,  Dato Seri Anwar Ibrahim

Mengakui sebagai murid Abah Natsir, panggilan akrab kepada tokoh Masyumi itu, mengakui banyak berguru kepada Natsir. Tatkala saya sudah membentuk Angkatan Belia Islam Malaysia , beliau senantiasa mengingatkan saya akan realiti sosial di Malaysia, dengan kehadiran jumlah masyarakat Cina , India , dan lain-lainnya yang substantif. Beliau sangat positif dan senantiasa menggalakkan interaksi serta dialog di antara organisasi Islam dan masyarakat bukan Islam. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan, tatkala memacu pertumbuhan ekonomi, saya sering meng­ulangi pesan Mohammad Natsir, jangan kita membangun sambil merobohkan: membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Tapi tulisan Natsir yang paling tersebar luas di Malaysia­ ialah Fiqud Dakwah. Saya selaku Presiden ABIM ketika itu mencetaknya, termasuk menerbitkannya ke dalam edisi­ Jawi dan menjadikannya teks usrah ataupun kumpulan studi ka­mi.­ Saya begitu terkesan oleh buku ini karena metode dak­wahnya bersifat moderat dan berhikmah. Melalui metode ini, ABIM dapat melebarkan sayapnya hingga menjadi orga­nisasi massa dan gerakan Islam yang bergaris sederhana.

Tan Sri Abd. Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Pak Natsir merupakan pendakwah, pendidik, politikus, dan juru bicara umat terkemuka dari rantau ini. Beliau tidak hanya berbicara atau menulis, tapi terlebih dahulu memahami dan mendalami segala persoalan sebelum menyampaikan pandangan atau menentukan sikap terhadap persoalan tertentu dengan penuh objektif. Juga, mengemukakan pendapat berdasarkan alasan kukuh. ''Ini sikap yang baik dan perlu diteladani, terutama bagi kalangan cendekiawan dan pemimpin yang seharusnya menguasai sesuatu permasalahan sebelum menyampaikan pendapat dan menentukan sikap. Jejak-jejak perjuangan, ilmu, dan hikmah serta kepintaran di samping kesederhanannya itulah yang wajar kita telaah, teliti, dan teladani dalam meniti perjuangan kehidupan yang serba menantang. Beliau merupakan milik dan sekaligus tokoh teladan kita bersama.

Dr Jamal Abdul Nasir Haji Zakaria, Dekan Universiti Brunei Darussalam,

Mengibaratkan M Natsir seperti mata air yang tak pernah kering meski kemarau panjang. Kehidupannya senantiasa menjadi perhatian dan pembicaraan. Beliau tidak hanya dimiliki oleh bangsa Indonesia, tapi juga dunia, khususnya dunia Islam, di mana beliau sangat dicintai dan dihormati. Ide, gagasan, dan pemikiran besarnya dalam berbagai aspek amat berharga bagi kita.

Prof Dr Mohd. Kamal Hassan, Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa,

Menggaris bawahi bahwa keadaan umat (Islam) menghadapi kelangkaan kepemimpinan yang holistik, beriman, berilmu, dan beretika membuat keberadaan M Natsir sebagai tanda yang amat baik bagi umat dan sepanjang masa untuk pengintegrasian dan kesatuan akal dan naql, ketinggian ilmu dan akhlak, idealisme dan realisme, agama dan negara, pikir dan zikir, serta wawasan bernas dan amalan yang nyata dan ikhlas.Kecendekiawanan bermutu tinggi yang mampu memimpin negara besar dan kompleks, seperti Indonesia, adalah suatu model yang langka, tetapi amat diperlukan. Contoh keseimbangan dan keselarasan kepribadian, seperti Pak Natsir, perlu diperbanyak demi kebaikan dan reformasi negara yang tahan terhadap berbagai ujian kebendaan, keduniaan, keilmuan, dan kerohanian,'' tulisnya.

APRESIASI PANDANGAN MASYARAKAT UMUM.
  1. Kasman (komentar dalam internet)
Sekarang pak Natsir sudah dianugrahi Pahlawan Nasional. Sangat banyak nilai-nilai positif perjuangan panjang Pak Natsir yang harus kita tularkan kepada kader-kader PBB, terutama tentang kepahlawanannya untuk menegakkan syariat Islam di negara kita. Agar kader-kader PBB tidak selalu menjadi pahlawan kesiangan.
  1. Datuk Panduko Sinaro(komentar dalam internet)
Pak Natsir adalah tokoh adat /pemimpin adat(Datuk), juga tokoh Nasional(Perdana Menteri). Kepemimpinannya dalam dua lembaga yang sangat berbeda tersebut dapat bersinergi menjadikan pak Nasir menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani baik oleh kawan maupun lawan politiknya. Semua itu hanya dapat dicapai oleh pemimpin-pemimpin yang punyak akhlak terpuji (yang selalu menjadikan Rasulullah sebagai Teladan baik untuk urusan dunia maupun urusan akhirat) seperti Pak Natsir. Adakah pemimpin
  1. Jatmiko (komentar dalam internet)
Insyaallah natsir-natsir muda ada dan sejauh ini Pak Yusril bisa menunjukkan kapasitas itu, paduan negarawan, ilmuwan dan politisi yang berkarakter, santun dan dihormati oleh kawan serta disegani lawan

REALITI YANG MENGESANKAN.

Fasa I : Berpolitik di jalur dakwah.

i)                    Dakwah membina pemikiran politik semasa yang sekaligus menuntut kefahaman kepada realiti masyarakat.
ii)                  Jalan dakwah adalah membimbing ummat untuk membina citra bangsa dan negara mengikut acuan syariat.
iii)                Kepelbagaian tingkahlaku ummat, adalah aspek sunnatullah yang wajar di fahami oleh pada dai’.
iv)                Para pendokong dakwah jangan naïf dalam sepak terajang politik parti.
v)                  Kekuatan dakwah mampu merubah citra politik.


Fasa II : Berdakwah di jalur politik.

i)                       Mengambil peluang ketika berkuasa untuk melaksanakan amal Islami dan pembaikkan syariat.
ii)                     Mengambil kuasa pemerintahan adalah salah satu jalan dakwah yang diperintah oleh Allah swt dan diamalkan oleh Rasulullah saw.
iii)                   Kuasa adalah alat untuk membina ummat, tetapi kuasa bukan segala-galanya.
iv)                   Naik turun dalam politik adalah ketentuan Allah swt, manusia diperintahkan untuk berusaha semampu mungkin dan berserah kepadaNya.

PENUTUP.

Pak Nasir adalah tokoh yang besar yang menjadi kebanggaan Nusantara. Beliau adalah seorang pemikir yang berpengaruh di rantau ini. Keperibadian dan keintelektualan beliau terserlah. Bangsa ini harus berbangga karena memiliki anak bangsa sepertinya. Beliau tidak mempunyai latar belakang agama seperti para ulama kita namun sesiapapun tidak akan meragui kemampuannya dalam bidang agama. Di rantau Melayu, beliau telah melakukan eksperimen pemerintahan Islam yang terawal pada abad ke-20. Siapapun kita, baik seorang ilmuwan, pejuang dakwah, politikus, atau orang biasa, ketika berhadapan dengan beliau akan terpikat dan terpegun dengan kebesaran beliau. Dan yang menariknya kebesaran beliau sebenarnya terletak pada kerendahan hati, sikap terbuka, dan lemah lembutnya.

Susunan :
Hj Ahmad bin Kasim,
5 Julai 2011.
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Kedah.

SAJAK : Pak Natsir – Pahlawan, Pendakwah, Ulama’, Pejuang dan Murrabi.


Pak Nasir - Pahlawan nasional,

Izinkan kami untuk mengenang perjuanganmu
Dengan denyutan nadi dan minda segar,
Menyulusuri kata-kata hikmahmu,
Mengingati nasihatmu,
Menuai hasil amalmu,


Pak Nasir – Pendakwah ulung,
Sungguh besar Pengorbananmu,
Kesabaran seorang pejuang,
Iltizam hakiki,
Kekuatan ruhiyah dan kecerdasan akal budi,
Pemikir zaman yang kekal dalam ingatan,

Pak Nasir – Ulama’ hakiki,
Engkau telah pertahankan syariat,
Ketika ia diserang segenap penjuru,
Dengan Jasad dan kuderatmu
Membimbing ummat dengan ilmu makrifat,

Fiqh ud-dakwah kalam bicaramu,

Pak Nasir – Pejuang rakyat.
Sesungguhnya jasa yang kau curahkan,
Telah terungkap dalam lembaran ummat
Segala bakti, budimu tidak pernah disiakan.
Ilmu yang kau berikan telah menyuburkan generasi kini,
Telah bangun semangat membela agama tercinta,


Pak Nasir – Murabbi ummat,
Kami telah berikrar,
Akan meletakkan kedaulatan agama dan menjunjung syariat,
Menyantuni ummat dengan bahasa dakwah

Menjaga maruah negara dan agama,
Musuh negara dan agama akan kami sergah
Namun negara yang merdeka Ini
Akan kami pelihara 
Sehingga nyawa tercabut dari jasad,




Nukilan :
Al-faqir Illlah,
Ahmad bin Kasim,
Pengapit Batu,

`5 Julai 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  Dimensi pemikiran SIDDIQ: Apresiasi Buat Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummat. 1.0             Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   nama ...