Khamis, 27 September 2018

MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA TAUTAN MAHABBAH AKTIVIS TERAS DAN PPMK - TERAS KE 20


MENJIWAI ERTI KEMERDEKAAN
DALAM MALAYSIA BAHARU.


“Kemerdekaan harus diisi dengan usaha pembinaan watak bangsa dengan nilai al-izzah, mendidik mereka tentang erti harga diri, maruah dan kehormatan sebagai suatu yang termahal, sesuatu yang tanpanya hidup tidak bererti lagi, sesuatu yang menjadikan mereka bangsa yang pantang dihina”                                                        Dato’ Dr Siddiq Fadhil
1.0       Premis Dasar.
1.1       Semua jiwa akan merasa tenang dan tenteram apabila bebas daripada sebarang bentuk penjajahan khususnya penjajahan ketenteraan terhadap sesebuah negara. Kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun, pengertian kemerdekaan sangat luas, tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara daripada cengkaman kuasa asing semata-mata. Kertas ini akan membahaskan erti kemerdekaan sebenar yang diharapkan , serta pengisian yang wajar diberikan dalam konteks Malaysia baharu kini.
1.2       "Berilah layanan yang baik kepada dua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, orang perantauan dan hamba abdi kamu. Sesungguhnya Allah tidak sukakan orang yang angkuh dan membanggakan diri."
(Surah al-Nisa, ayat 36)
1.3       Oleh itu generasi kini mesti menjiwai erti kemerdekaan dalam skop yang lebih luas, kerana era penjajahan sudah terlepas jauh dari pandangan mereka. Mereka sudah melepasi waktu dan tidak dapat melihat bangsa yang berada dalam segmen penjajahan ketenteraan dan pentadbiran. Suatu segmen kehidupan yang penuh traumatik dan menghadapi survival hidup yang sangat mencabar. Namun amat wajar generasi kini memikirkan pengisian kemerdekaan pasca penjajahan.
1.4       Dato’ Dr Siddiq Fadzil (2012) menggambarkan bahawa kemerdekaan yang telah dicapai adalah kurniaan Ilahi yang seharusnya disyukuri dan dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Kegagalan mewaspadai gejala-gejala tersebut akan sekali lagi menjerumus kita ke dalam era penjajahan yang hanya bertukar wajah. Selanjutnya beliau memetik pandangan Malik Bennabi yang menyorot titik-titik kelemahan umat yang dijajah  yang berlaku bukan hanya disebabkan kerakusan dan sikap penjajah, tetapi lebih disebabkan oleh kerosakan dalaman masyarakat pribumi seperti masalah jiwa, minda,dan budaya masyarakat yang akan mengamit serta merangsang dan seterusnya akan membuka ruang kepada penjajahan.
1.5       Tokoh pemikir gerakan islah awal abad lalu , Amir Shakib Arsalan menyentuh persoalan ini dalam konteks kemunduran umat Islam. Beliau telah menyimpulkan masaalah utama adalah berpunca daripada kerosakan hati yang kian memudaratkan dan menepati ayat 10 surah al-Baqarah yang telah menyebut tentang perihal kelompok manusia yang hatinya berpenyakit, lalu Tuhan menambahnya lagi menjadi semakin parah. Akibat penyakit hati yang parah itu menjadikan sebilangan daripada mereka pak turut kepada penjajah dan musuh-musuh Islam , persis golongan yang disebut dalam al-Quran  pada surah al-Tawbah ayat 48 sebagai samma’un lahum.(Arsalan,1975:143)
2.0       Sejarah dan kesan jangka panjang penjajahan.
2.1       Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah sebagai pedagang-pedagang yang hanya berniaga di negeri Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat beberapa kelemahan dan masalah dalam negeri Melayu, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah negara Malaysia. Tambahan pula kuasa-kuasa asing sememangnya mempunyai sebab utama untuk menjajah negara-negara Asia Tenggara.
2.2       Fasa-fasa penjajahan keatas Tanah Melayu oleh kuasa asing bermula dengan penjelajahan pada abad ke-15 oleh Alfonso De Albuquerque yang dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. Selepas dari Portugis satu demi satu penjajahan asing menawan Tanah Melayu bermula dengan Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), British    (1824-1957), Jepun      (1941-1945). British adalah penjajah asing yang paling lama dan  telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun. 
2.3       Sepanjang era penjajahan ini, maka lahirlah sejumlah pejuang kemerdekaan yang sentiasa membakar semangat rakyat untuk bangkit menentang penjajah samada atas faktor agama, politik ataupun ekonomi. Penjajahan kuasa asing  sebenarnya tidak menyenangkan hati orang-orang Melayu. Penentangan terhadap kuasa asing  telah berlaku sejak mula Portugis menakluki Melaka lagi. Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah beberapa kali cuba membebaskan Melaka daripada cengkaman Portugis. Penentangan yang sama turut diperlihatkan terhadap Belanda.
2.4       Namun begitu, reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang bermula sejak tahun 1947. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja-raja Melayu di Tanah Melayu dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada penentangan secara terbuka. Di Naning, misalnya, Dol Said mengepalai penentangan terhadap pentadbiran Inggeris, Dato’ Maharajalela mengetuai pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, Sharif Masahor, Rentap dan Banting di Sarawak, Mat Salleh di Sabah, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
2.5       Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas kekalahan Jepun. Tentera British telah kembali ke Tanah Melayu untuk memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau bagaimanapun, BMA tidak dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha mengembalikan semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu pusat pentadbiran yang kuat.
2.6       Namun Dato’ Dr Siddiq Fadzil merumuskan bahawa perjuangan mencapai kemerdekaan yang sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Dunia masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha rebuilding, pemulihan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan ratusan tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan bahaya jebakan penjajahan bentuk baru, penjajahn budaya, penjajahan ekonomi, hegemoni, dominasi, globalisasi dan seumpamanya.
2.7       Adakah kibaran Jalur Gemilang pada 31 Ogos saban tahun telah berjaya  menzahirkan erti kemerdekaan sebagaimana yang diingini atau ia cuma suatu acara kesyukuran dan kegembiraan terhadap kemerdekaan negara. Atau acara tahunan bagi memeriahkan lagi kegembiraan itu supaya dapat dikongsi seluruh rakyat Malaysia sebagai tindak balas patriotik terhadap tanah air tercinta.
3.0       Citra Bangsa Merdeka
3.1       Perjuangan merebut kemerdekaan tidak hanya lahir dari nyalaan semangat patriolisme dan nasionalisme dalam pemikiran sempit , tetapi lebih daripada itu ia tercetus dari semangat jihad demi agama, bangsa dan negara. Apa yang disebut dalam cacatan kolonial sebagai kebangkitan religious fanaticism itu pada hakikatnya tidak lain adalah merupakan semangat jihad melawan penjajahan (Siddiq Fadzil, 2012).  
3.2       Kemerdekaan negara tidaklah semudah membalikkan telapak tangan. Perjalanan panjang yang melelahkan, pengorbanan jiwa raga yang menyakitkan dan pengorbanan harta yang selalu menguji keikhlasan. Semuanya menuntut suatu pengorbanan dan luka yang dalam. Yang harus diperhatikan adalah dengan apabila telah  merdeka, bukan berarti segala apa yang diinginkan boleh didapatkan dengan mudah tanpa perjuangan dan kerja keras.
3.3       Oleh itu terdapat dua perkara utama antara mengetahui sejarah kemerdekaan dengan memahami erti kemerdekaan. Al-ilmu dengan al-fahmu adalah dua tajuk yang berbeza. Subjek sejarah yang diajar disekolah dan uji dalam perperiksaan hanyalah memaklumkan topik-topik mengenai susunan tarikh dan fakta pejuangan mencapai kemerdekaan serta tokoh-tokoh tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Bagaimana untuk menghayati erti kemerdekaan dengan meneladani semangat patriotisme pejuang, kesungguhan, kegigihan, perancangan, indoktrinasi faham kemerdekaan dan lain-lain nilai lagi  adalah manifestasi dari faham erti kemerdekaan yang sebenarnya.
3.4       Manifestasi  erti kemerdekaan adalah bagaimana memajukan sesuatu bangsa setelah merdeka dan menjadi tanggungjawab setiap individu bangsa selanjutnya yang ditunjukkan oleh keberhasilannya mengatasi berbagai masalah, tidak putus asa dan yakin akan kukohnya kesatuan bangsa. Persoalan yang ada dihadapan kita adalah bagaimana untuk mencipta citra bangsa yang merdeka. Bangsa ini mesti dibangunkan harga diri supaya menjadi bangsa yang terhormat dan disegani. Membangunkan nilai-nilai ini harus berlaku secara kolektif bukan sahaja dibahu pemimpin tetapi juga pada  upaya bangsa tersebut. Tidak hanya pada slogan-slogan yang indah menjelang kemerdekaan atau logo-logo cantik yang sering dipamerkan.
3.5       Dato’ Dr Siddiq Fadzil telah menjelaskan bahawa kemerdekaan harus diisi dengan usaha pembinaan watak bangsa dengan nilai al-izzah (Kemuliaan) mendidik mereka tentang erti harga diri, maruah dan kehormatan sebagai suatu yang termahal, sesuatu yang tanpanya hidup tidak bererti lagi, sesuatu yang menjadikan mereka bangsa yang pantang dihina.
4.0       KEMERDEKAAN DAN MALAYSIA BAHARU.
            Rakyat Malaysia telah membuka lembaran baru negara apabila mereka bersama-sama membentuk tsunami yang paling besar dalam sejarah politik Malaysia sejak kemerdekaan. Dalam banyak keadaan, sebahagian mereka juga mengenepikan kecenderungan diri sendiri dan rasa kegusaran peribadi atas apa-apa alasan semata-mata demi menukar kerajaan Persekutuan. Mereka telah mengambil risiko mencipta harapan baru bersama Pakatan Harapan. Hasil dari keberanian ini maka beberapa kesan telah menjelma antaranya;-

4,1       Kesuburan demokrasi.
4.1.1      Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan mengatur urusan mereka. Dengan cara itu rakyat terhindar daripada memilih seorang pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan sistem yang menindas mereka. Demokrasi boleh difahami sebagai satu sistem yang mempunyai undang-undang berprosedur yang mengkhususkan siapa yang berwibawa untuk membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan apakah prosedur yang harus digunakan untuk membut keputusan (Azzam Tamimi, 2001: 10).

4.2       Kebebasan berfikir. 
4.2.1    Pejuang kemerdekaan dijulang bagi menyedarkan generasi baharu terhadap perjuangan menuntut kemerdekaan. Umat yang bebas dan merdeka, dapat berfikir dengan bebas apa yang baik untuk diri, bangsa atau kepentingan umat seluruhnya. Kebebasan kini diterjemahkan dengan pemasuhan beberapa akta yang mengongkong pemikiran rakyat dan kesannya rakyat kini keluar dari rasa takut yang telah mencengkam mereka sejak sekian lama.
4.2.2    Walaupun begitu, kebebasan yang diberikan bukan bermaksud membiarkan gejala fitnah bermaharajalela. Undang-undang yang menyekat gejala fitnah yang kini semakin menjadi-jadi mesti di aplikasikan. Inilah kemerdekaan sebenar iaitu  kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpanya, kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan muslim menyedari cabaran utama umat Islam setelah mencapai kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.
4.3       Kebebasan berbeza pandangan (Mengkritik).
4.3.1      Dr Yusuff Al-Qaradawy menulis suatu kitab ‘Adab al-ikhtilaf fi al-Islam’ menyorot beberapa segmen pertembungan pemikiran dalam Islam yang melahirkan beberapa mazhab sebagai suatu yang subur, indah dan bersifat semulajadi. Perbezaan pandangan itu merupakan suatu fenomena yang baik dan perlu diurus dengan baik  supaya kesan pada umat juga akan jadi baik. Inilah konsep perbezaan pandangan dalam Islam.
4.3.2      Malaysia baharu cuba untuk aplikasikan konsep perbezaan pandangan serta membenarkan perbezaan ini diutarakan seluas-luasnya. Medium untuk mengkritik pemerintah kini dalam pelbagai bentuk. Inilah kesan disebabkan adanya globalisasi serta dunia tanpa sempadan. Ianya kelihatan lebih mudah untuk sesiapa sahaja mempengaruhi dan meluahkan idea melalui  kuasa politik, ekonomi serta sosial.
4.3.3      Namun kita sering diingatkan, serangan pemikiran atau Ghazwul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan mana-mana pihak  dan menakutkan mereka, sedangkan umat Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran fizikal itu dengan jayanya.
            4.4       Keadilan untuk semua.
4.4.1      Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan baharu akan terus melindungi kepentingan orang Melayu dan bumiputera di samping menjaga kebajikan kumpulan marginal di negara ini. Rakyat daripada pelbagai kaum sama ada Melayu, Cina, India serta warga Sabah dan Sarawak, telah mengundi kerajaan baharu, jadi mereka harus bersikap adil kepada mereka. Usaha untuk menangani isu dan pembaharuan berkaitan dengan pengurusan ekonomi dan kewangan negara tidak akan menjejaskan mana-mana kumpulan seperti yang termaktub di bawah perlembagaan. Inilah tugas utama untuk memastikan  kerajaan mengagihkan kekayaan ekonomi secara adil pada semua rakyat

            4.5       Negara tanpa rasuah.
4.5.1      Perkara utama yang perlu wujud untuk sesebuah negara yang danggap bersih atau bebas dari rasuah.  Ia meski didukung sikap amanah dan jujur pemimpinnya, penjawat awam malah rakyat seluruhnya. Inilah ciri utama yang perlu wujud. Ini disebut oleh ulama dan tokoh besar sains sosial Islam, Ibnu Khaldun dalam ‘Muqadimah Ibnu Khaaldun’. Dia tidak menyebut rasuah, tetapi secara umumnya ia menyebutkan  menyelewengkan harta negara. Negara yang begini, katanya, tidak akan ada keberkatan dari Ilahi. Oleh itu, kata Ibnu Khaldun lagi, jika pemimpin sesebuah negara rosak, maka rosaklah sesebuah negara itu dan rosaklah pula rakyat negara itu. Rasuah adalah najis berat, walau sebesar manapun jumlahnya.

4.5.2      Ada lima teras kepada memerangi rasuah ini diberikan tumpuan dalam usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa Malaysia baharu ini adalah ;-

a)       Mereformasi SPRM menjadi sebagai badan bebas yang melapor dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
b)       Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah
c)       Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) untuk membolehkan SPRM membuat pilihan sendiri pegawai dalam perkhidmatan SPRM.
d)      Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan SPRM diberi autonomi menguruskan kewangan mereka dan
e)       Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tegas dan tanpa takut. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang Dipertuan Agung atas nasihat jawatankuasa Parlimen.
5.0       Penutup.
5.1       Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu tamadun Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

5.2       Kemerdekaan sejati hanya dapat dicapai dengan penghayatan yang menyeluruh kepada ajaran yang suci. Sepatah kata-kata Khalifah Umar bin al-Khattab: ‘Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, bila mana kami mencari kemuliaan selain dari Islam, kami akan dihina oleh Allah.”
Janganlah hendaknya, kita hanya berjaya mengusir kolonialis yang menjajah kita secara langsung, tetapi membuka pintu kepada neo-kolonialisme yang menjajah semula secara tidak langsung, dalam bentuk pemikiran dan ideologi, cara hidup dan budaya, media dan teknologi, sistem kewangan dan pengagihan kekayaan dan layanan sosial yang tidak adil.

5.3       Tanggal 31 Ogos ini genap 61 tahun kita merdeka. Majoriti rakyat adalah generasi selepas kemerdekaan dan anak mereka. Generasi muda jumlahnya agak besar. Rata-ratanya mereka dibesarkan dalam keadaan yang selesa, setelah negara mencapai kedudukan yang baik berbanding dengan negara lain. Memahami erti kemerdekaan pada generasi kini tidak sama dengan generasi awal yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah, namun yang lebih penting adalah memahami erti kemerdekaan sebenar dan mengisi dengan nilai-nilai pejuang seperti sanggup berkorban dan berusaha gigih tanpa jemu.





Rujukan.

Siddiq Fadzil. 2012. Islam dan Melayu Martabat Umat Dan Daulat Rakyat. Selangor, Akademi Kajian Ketamadunan.
____ 2014. Pendidikan Al-Hikmah dan Misi Pencerahan. Kajang, Kolej Darul Hikmah.
____ 1992. Minda Melayu  Baru. Kuala Lumpur. Institut Kajian Dasar.
Saifuddin Abdullah. 2008. Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

          11 September 2018, 01 Muharram 1440 Hijrah ~ Pondok Tarbiyyah Masyarakat,  Batu Hampar.

PERASMIAN SEMINAR PEMURNIAN AQIDAH.


1.     Pengerusi majlis.
2.     Yang berbahagia Prof Dr Mohd. Fakhruddin bin Abd. Mukti, Rektor UniShams.
3.     Yang Berbahagia, Prof Emiratus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid.
4.     Yang Berbahagia Dato Sheikh Fadzil bin Hj Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah,
5.     Tuan-tuan guru, Alim Ulamak, Para Assatizah,Tetamu undangan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah swt.

   DUA BAHAGIAN UCAPAN SAYA INI
1.     KAITAN DENGAN SEMINAR PADA HARI INI.
2.     KEDAH BAHARU, MALAYSIA BAHARU DALAM KONTEKS ISLAM.

   ISU-ISU AQIDAH 
·        Pengalaman berhadapan dengan golongan Al-Arqam lewat tahun 90an adalah suatu yang tidak dapat dilupakan.
·        Terlibat dalam dialog 5 Jam dengan golongan Anti Hadis Kasim Ahmad. Buku dia “Hadis suatu penilaian semula”. dan Jamaah Al-Quran Malaysia (JAM).
·        Isu yang sangat dekat dengan umat Islam, asas dan tunjang keimanan.
·        Siri-siri wacana, seminar, muzakarah sering diadakan bagi memperhalusi dan mendedahkan kepada umum.
·        Ancaman kini berubah dalam methodology yang pelbagai, teknologi terkini diaplikasikan dan menyerang aqidah umat Islam.
·        Ancaman bersifat global dan canggih luar dan dalam.
·        Dalam masa yang sama isu-isu lama masih berlegar dalam masyarakat, tapi mengalami tranformasi methodology, pengubahsuaian mengikut uruf setempat.

o      Isu ajaran sesat seperti Rasul Melayu, Aurad Muhammadiah Al-Arqam,Macam-macam  Tariqat dll.
o    Ajaran Taslim, Qadiani Ahmadiah,
o    Ancaman Syiah yang semakin berkembang kini.
o     Ajaran Azhar Wahab – Pecahan daripada kumpulan Darul Al-Arqam.
(Strategi mendekati pemerintah dan convince golongan berpengaruh dalam politik Malaysia dan pendaftaran sebagai sebuah Yayasan – Yayasan Hang Tawi, Pusat Tahfiz Amal dan methodology secara psikologi yang meresahkan umat Islam)

·        Yang anehnya setiap ajaran ini mempunyai pengikut yang taasub. Yang   mempercayai semua ajaran sesat ini.
·        Majlis Fatwa telahpun mengeluarkan fatwa berkaitan dengan ajaran ini yang   merosakkan aqidah umat Islam.
·        Kini isu-isu terbaharu yang menyusup masuk seperti Pluralisme, Libralisme,   Mistikisme dan khurafat. Di Indonesia yang 90 % umat Islam, majalah-   majalah  Mistikisme ini laris dan mendominasi dalam arus perdana mereka.

APA SOLUSI KITA
·        Selain daripada Berseminar, berwacana, bermuzkarah dll.
·        Dua pendekatan dalam menbendung gejala kerosakan aqidah ini.



I-        MELALUI PENGUTKUASAAN UNDANG-UNDANG / ENAKMEN
·        Telah wujud Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman.  Enakmen 18, Bahagia II kesalahan berhubungan dengan Aqidah.  Pindaan 2014.
·        Pihak pentadbiran dan pihak-pihak yang berkaitan perlu mengkaji semula sekiranya enakmen ini masih relevan dengan keadaan semasa.
·        Hukuman yang ringan dan adakah memberi kesan pada pelaku jenayah aqidah ini.
·        Sejauh mana undang-undang dapat membenteras gejala kerosakan aqidah ini secara maksimum. Bahagian penguatkuasaan perlu tampil agresif dan cepat sebelum menjadi parah, selalunya kekangan kewangan dan kakitangan yang dibangkitkan.Perlu sokongan masyarakat awam , intitusi masjid untuk membantu menyelesaikan perkara ini.
·        Bawa pindaan ke DUN jika dirasakan perlu.
·        Perlu Politikal Will (Keazaman politik).

II-    MELALUI PENDIDIKAN UMMAT
·        Tumpuna pada Gen Y (1977 -  1997) dan Z (1998- kini) generasi berusia belasan tahun.
·        Mereka ada ciri-ciri tertentu yang memerlukan methodology tarbiyah diubah, bukan lagi kuliah secara tradisi, perlu outreach.
·        Gen Z -Generasi ini lahir saat internet telah berkembang pesat dalam kehidupan manusia. Mereka lahir tanpa mengetahui masa kehidupan tanpa internet, komputer, dan telepon genggam. Dengan kata lain, generasi ini lahir di era digital. 1. Memiliki ambisi besar untuk sukses 2. Berperilaku instan. 3.Cinta kebebasan. 4. Percaya diri. 5. Menyukai hal yang detail. 6. Keinginan untuk mendapatkan pengakuan. 7. Digital dan teknologi informasi.

·        Guru-guru takmir masjid perlu dilatih dan dibantu dengan input-input semasa.
·        Kitab-kitab aqidah yang dikuliah saban malam di masjid-masjid perlu peningkatan dengan isu-isu semasa, ( Hidayatus Subyan, Aqidatul Najin, Aqidah Thahawiyah, Jauharut Tauhid, Fathul Majid, dll).
·        Pendekatan fiqhiyyah atau meng­hukum atau sekadar mengutip ce­bisan-cebisan teks al-Quran dan ha­dis tidak akan meyakinkan generasi muda masa kini tentang kebenaran dan keupayaan agama mereka da­lam mendepani cabaran agama, pemikiran dan ideologi semasa.

       KEDAH BAHARU / MALAYSIA BAHARU DALAM KONTEKS ISLAM
·        Apakah fikrah Malaysia baharu kini.
·        Isu JAKIM yang nak dibuat sedikit tranformasi supaya melihat peranan yang lebih berfungsi.
·        Isu penghakiman ajaran Ahmadiah yang dibuat oleh Mahkamah Sivil .
·        Isu Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang non muslim juag menjadi isu yang dibahaskan dalam kerangka Malaysia Baru kini.
·        Menarik kerana dasar kini kita membuka ruang kritikan dan berbeza pandangan dengan semua pihak. Dasar PH – KETERBUKAAN, bersedia mendengar, menerima pandangan dan kritikan yang berbeza. 
·        Fiqh Al-Ikhtilaf fil Islam telah diaplikasikan,
·        Fiqh Muwazanah _- Fiqh berimbangan juga wajar diberi penekanan.
·        Kepelbagaian dalam kerangka kesatuan.
·        Insya Allah Islam akan kita pertahankan dalam era Malaysia Baharu kini.
·        Tetapi wacana mesti bersifat lebih terbuka, fakta bukan emosi, ilmiah bukan cacian dan makian, Melihat al-uruf serta mengambil fiqh yang paling ringan sebagai suatu maslahah amah,  selagi ada pandangan fuqaha’.
·        Dasar Copetensy – Keupayaan.
o   Berusaha membenteras rasuah habis-habisan.
o   Budaya kerja yang effisyen.
·        Dasar Accountancy – Kebertanggungjawaban.
o   Bajet yang berhemah. Nilai semula projek-projek besar yang nilai tidak munasabah. Termasuk GLC di Kedah yang banyak bocor dan salah guna bajet.
o   Jimat cermat. Tidak boros. (TPM ke Monggolia naik pesawat komersial)
·        Dasar Tranperency – Ketelusan.
o   Nilai-nilai integrity diterapkan seperti jujur, amanah dan kerja kuat.
   
   KESIMPULANNYA
·        Wacana / seminar / Muzakarah wajar diteruskan dengan syarat, tidak tinggal disini sahaja.
·        Plan tindakan yang lebih konstruktif dan ada follow up yang agressif dilakukan. Jangan putus asa , kerana inilah perjuangan Islam yang kita dambakan.


                         14 Julai 2018, 01 Zulkaedah 1439 Hijrah ~ Unishams, Kuala Ketil. 


  Dimensi pemikiran SIDDIQ: Apresiasi Buat Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummat. 1.0             Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   nama ...