Langkau ke kandungan utama

MEWAKILI YAB DATO MENTERI BESAR KEDAH KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI JABATAN IMIGRESEN NEGERI KEDAH

TEKS UCAPAN MENTERI BESAR KEDAH YANG DIWAKILI OLEH  DATO SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI.

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN
SALAM SEJAHTERA.

TUAN YANG TERUTAMA, KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKLA, THAILAND, MOHD APANDI BIN ABU BAKAR,

YANG BERUSAHA, PENGARAH IMIGRESEN NEGERI KEDAH, TUAN ZUHAIR BIN JAMALUDIN,

YANG BERUSAHA, PENGARAH KASTAM NEGERI KEDAH, DATO' JOHARI BIN ALIFIAH,

YANG BERUSAHA, TUAN OCPD KUBANG PASU, SUPT. ISMAIL BIN IBRAHIM,

YANG DIHORMATI, PENGARAH PROJEK ICQS BUKIT KAYU HITAM, NORTHEN GATEWAY INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ENCIK KHAIRUDDIN BIN OTHMAN,

YANG BERUSAHA PEGAWAI MEMERINTAH 5 REGIMEN SEMPADAN, LT. KOLONEL MOHYEDDIN BIN MOHD AMIN,

YANG BERUSAHA, TUAN PEGAWAI DAERAH KUBANG PASU MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU, HAJI MOHD FISOL BIN MD NOH,

YANG BERUSAHA TUAN SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU, ENCIK SYED AMALUDDIN HAFEEZ BIN SYED MUSA,

YANG BERUSAHA TUAN D.O SADAO, THAILAND, MR. BOON PAS RAKNUI.
CHIEF OF CUSTOMS SADAO, CHIEF OF IMMGRATION SADAO THAILAND,

DAN KETUA-KETUA JABATAN/AGENSI  KOMPLEKS ICQS BUKIT KAYU HITAM.

TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

     BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBBAHANU WA TAALA DI ATAS LIMPAH KURNIA SERTA REZEKI YANG DICURAHKAN, KASIH DAN SAYANG–NYA MENGIZINKAN KITA SEMUA UNTUK MELAPANGKAN MASA, MEMERIAHKAN SUASANA AIDIL FITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN DI BULAN SYAWAL PADA TAHUN INI DI KOMPLEKS ICQS BUKIT KAYU HITAM KEDAH.

     TERLEBIH DAHULU SAYA  SAYA BAGI PIHAK  MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN,  DATO SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR MEMOHON MAAF KERANA BELIAU TIDAK DAPAT HADIR BERSAMA-SAMA KITA PADA MALAM INI KERANA ADA URUSAN-URUSAN RASMI YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. SAYA JUGA MEWAKILI PIHAK MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH DIF-DIF KEHORMAT SERTA WARGA ICQS BUKIT KAYU HITAM.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

     30 HARI BERPUASA DI BULAN RAMADHAN MENGAJAR KITA BANYAK PERKARA. KITA DILATIH MELAWAN NAFSU, MULUT DIHALANG DARI MENGUMPAT DAN MENGEJI, PERUT DIKEKANG DARI DIISI DENGAN PELBAGAI MAKANAN, TELINGA DAN MATA PULA DIPASTIKAN TIDAK MENDENGAR DAN MELIHAT PERKARA-PERKARA YANG HARAM. PADA MASA YANG SAMA, RAMADHAN MELATIH KITA MENGERJAKAN BANYAK AMALAN SUNAT SEPERTI MEMBACA AL-QURAN, BERSEMBAHYANG SUNAT, BERSEDEKAH, BERZAKAT, BERZIKIR DAN BERTAFAKUR.

     LATIHAN YANG KITA AMALKAN DALAM BULAN PUASA INI DAPAT MEMBANTU KITA MEMBENTUK SIKAP POSITIF YANG PERLU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. PERKARA-PERKARA YANG SAYA NYATAKAN INI HARUS KITA AMALKAN BUKAN SAHAJA DI BULAN RAMADHAN TAPI DITERUSKAN DALAM BULAN-BULAN YANG LAIN.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

      EID-UL FITR ATAU HARI RAYA AIDIL FITRI BERASAL DARI BAHASA ARAB
YANG BERMAKSUD BERULANG-ULANG PADA TIAP-TIAP TAHUN. HARI RAYA AIDIL FITRI YANG JUGA TERKENAL DENGAN NAMA ‘HARI RAYA PUASA’ DI KALANGAN MASYARAKAT KITA, DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK UMAT ISLAM MERAYAKANNYA. IANYA DISAMBUT BAGI MENANDAKAN KESYUKURAN UMAT ISLAM DI ATAS KEJAYAAN MEREKA MELAKSANAKAN KEMENANGAN MEREKA DALAM PERJUANGAN MENAHAN HAWA NAFSU DARI PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH DI DALAM BULAN PUASA.

RASULULLAH PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:
           
‘BAGI ORANG YANG BERPUASA ITU DUA KEGEMBIRAAN,                      PERTAMAKEGEMBIRAAN KETIKA MEREKA BERBUKA DAN KEDUA KEGEMBIRAANMEREKA KETIKA BERTEMU DENGAN TUHAN-NYA YANG MAHA PEMURAH’.

     UMAT ISLAM MERAYAKAN HARI RAYA INI DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN DENGAN PELBAGAI JENIS AMAL BAKTI YANG DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T. SEPERTI SEMBAHYANG HARI RAYA, ZIARAH MENZIARAHI SESAMA KITA, BERSEDEKAH DAN LAIN-LAIN LAGI. DI HARI LEBARAN INILAH KITA  SEHARUSNYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KERANA MASIH LAGI HIDUP DAN BERPELUANG BERTEMU SANAK SAUDARA MAHUPUN SAHABAT HANDAI YANG MUNGKIN TERPISAH BUAT SEMENTARA WAKTU.

     AIDIL FITRI JUGA ADALAH SAAT DI MANA KITA HARUS MELAPANGKAN DADA SERTA FIKIRAN BERMAAF-MAAFAN SESAMA SENDIRI. ANDAI TERSILAP BICARA, TERKASAR BAHASA, HULURKAN LAH KEDUA BELAH TANGAN DENGAN PENUH KEIKHLASAN MEMOHON AMPUN DAN MAAF BAIK DI KALANGAN AHLI KELUARGA SENDIRI, SAHABAT, TEMAN, RAKAN SEPEJABAT, JIRAN TETANGGA TANPA MENGENAL USIA. MURNIKAN LAH BULAN SYAWAL INI DENGAN SALING BERMAAF-MAAFAN BAGI MENGGUKUHKAN DAN MEMPERERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM KERANA BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT. SEPERTI MANA BAIT-BAIT PEPATAH INGGERIS, LET’S US FORGIVES AND FORGET.

     BILA KITA SUDAH BERMAAFAN PASTI AKAN WUJUD RASA KETENANGAN DALAM DIRI KITA. RASA KETENANGAN YANG TERBIT DARI KEJUJURAN HATI KITA ITU SUDAH CUKUP MENANDAKAN KITA TELAH BERMUHASABAH DAN BERMUJAHADAH DALAM MELAWAN HAWA NAFSU ATAU MUNGKIN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG BERTAKHTA DI HATI KITA SELAMA INI TELAH GUGUR DARI TANGKAL KEDEGILAN.

     TATKALA BERKUMANDANG SAHAJA TAKBIR RAYA SECARA SIMBOLIKNYA KITA SEMUA UMAT ISLAM TIDAK KIRA DI RAYA AIDIL FITRI YANG JUGA TERKENAL DENGAN NAMA ‘HARI RAYA PUASA’ DI KALANGAN MASYARAKAT KITA, DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK UMAT ISLAM MERAYAKANNYA. IANYA DISAMBUT BAGI MENANDAKAN KESYUKURAN UMAT ISLAM DI ATAS KEJAYAAN MEREKA MELAKSANAKAN KEMENANGAN MEREKA DALAM PERJUANGAN MENAHAN HAWA NAFSU DARI PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH DI DALAM BULAN PUASA.

     SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN PADA MALAM INI, SAYA  INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA MAJLIS AIDILFITRI BERSAMA ICQS BUKIT KAYU HITAM KERANA KESUNGGUHAN DAN DEDIKASI ANDA SEMUA DALAM MEMASTIKAN KELANCARAN DAN KELANGSUNGAN PROGRAM PADA MALAM INI.

SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

                         11 Julai 2018, 27 Syawal 1439 Hijrah ~ Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tugasan Pengajian Islam Peringkat Sarjana di OUM.

METHODOLOGI PENULISAN SYARAH HADIS KITAB RIYADHUS SALIHIN OLEH  SYEIKH MUHAMMAD BIN SALIH AL-‘UTHAIMIN.
Oleh : Ahmad bin Kasim.
     Abstrak. Huraian atau syarah dalam ilmu hadis merupakan satu bidang yang sangat penting kini. Ini adalah kerana untuk  menghasilkan karya yang menepati dengan maksud sebenar matan hadis tersebut. Hanya individu yang memiliki keilmuan yang khusus sahaja yang mampu untuk menghasilkan sebuah  syarah hadis. Kekuatan integrasi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan lughah, tatabahasa, usul fiqh, sejarah dan asbab al- wurud hadis semuanya diperlukan bagi seseorang yang ingin mensyarahkan sesebuah hadis. Syarah hadis bukanlah satu bidang baru dalam tradisi keilmuan Islam, malah ianya telah bermula seawal kewafatan Rasululah saw dan telah dimulai dari zaman para sahabat  disambung oleh generasi demi generasi hingga kini. Sheikh Muhammad bin Salih Al-‘Uthaimin merupakan salah seorang ilmuan dalam bidang ilmu hadis kontemporari yang telah menghasilkan syarah hadis dari karya…

Tugasan Pengajian Islam Peringkat Sarjana di OUM

GAGASAN PEMIKIRAN SISTERS IN ISLAM (SIS) DAN ISU-ISU YANG MENIMBULKAN KONTROVERSI BERKAITAN AJARAN SERTA PEGANGAN ISLAM. 1.0PREMIS DASAR. Malaysia adalah sebuah negara yang subur dengan gerakan dakwah yang telah mewarnai lanskap keIslaman seawal tahun 70an lagi. Sarjana sejarah tempatan Muhammad (1997) menjelaskan gelombang dakwah Islamiah telah merubah citra dan pemikiran agama Islam dengan mencetuskan keaktifan organisasi dakwah masa itu dengan begitu agresif, asertif dan emotif menjaja idea Islam sebagai satu cara hidup. Idea Islam sebagai alternatif kepada sistem nilai dan ideologi sekular, serta Islam sebagai penyelesaian pelbagai masalah.
Gerakan dakwah menjadi semakin perlahan apabila musuh-musuh Islam yang mula menggugat dan menyusup masuk dari luar atas nama kebebasan  bersuara.  Inilah cabaran yang sedang melanda negara  mutakhir ini. Sarjana tempatan seperti Mohd Azizuddin (2002) menjelaskan dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi kebebasan mengel…

Cabaran Undang- Undang Hudud di Malaysia

CABARAN UNDANG-UNDANG HUDUD UNTUK MENGHARUNGI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA – SATU PERSPEKTIF.
Dato’ Hj Ahmad bin Kasim.[1]
PENDAHULUAN. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993 pindaan 2015 atau disebut Undang-undang Hudud telahpun mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri Kelantan Darul Naim. Fasa kedua pula  akan disusuli dengan cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang Kuasa Syariah) 1965 Akta 355 di Parlimen  bagi membolehkan enakmen yang telah diluluskan itu dapat direalisasikan. Pindaan akta ini akan dicadangkan oleh parti PAS melalui Rang Undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh  Presiden PAS sendiri selaku Ahli Parlimen Marang. Pindaan ini amat mustahak kerana had hukuman kini dalam Akta Mahkamah Syariah adalah sehingga tiga tahun penjara, denda tidak melebihi RM 5,000.00 atau maksimum enam kali  sebatan sahaja. Cadangan pindaan adalah untuk mengubah had hukuman yang menepati dengan hukum syarak, iaitu  hukuman memotong tangan apabila kesalaha…