Isnin, 11 November 2013

Kami Punyai Tekad

Sempena dengan Konsert Amal “Kesat Air Mata Gaza, Bebaskan Al-Aqsa’
Di Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Setar.
22 Julai 2010.


KAMI PUNYAI TEKAD.

Kami punyai tekad
Datang untuk beri khidmat
Membawa semangat teman-teman.
Bila tiba ketikanya kami kembali
Kembali membawa khabar gembira.
Tawa dan tangisan saudara seagama.

Kami punyai tekad
Bila melihat saudaraku diusir, dihalang.
Bila ku lihat saudaraku terbiar larat
Kami segera insaf.
Kami bangun membawa harapan
Merempuh lautan menghampiri daratan. 
Seribu dugaan menghalang,
Bukan sebab berpatah arang.
Tegas, bingkas bangun mengalas tugas.
Seluruh kudrat, segunung kemahuan,

Kami punyai tekad
Pada sang durjana yang tak diundang.
Menghala muncung senjata tanpa peduli.
Melangkah lagak, kesat kata-kata.
Kami belum lupa sejarahmu itu.
Kamulah perampas,
Kamulah pengkianat,
Kamulah penjajah.
Kamulah binatang buas.
Kamulah penindas.


Kami punyai tekad 
Tuhan bersama kami.
Bukan pada sang durjana itu.
Kami datang dengan roh dan jasad
Biar roh melayang, jasad tertanam.
Namun menyembah pada sang durjana, tidak sekali.
Kerana kami yakin,
Suatu hari, kamu pasti tewas.


Ibu Qassim,
Pengapit Batu,

18 Julai 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  Dimensi pemikiran SIDDIQ: Apresiasi Buat Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummat. 1.0             Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   nama ...